Maksud Bagi Setiap *kiss*?

    • Ciuman di dahi:- Ciuman spt ini bukanlah luar biasa dilihat pada pasangan suami kepada isteri. Bagi seorang suami, ciuman yang diberi melambangkan rasa kasih dan sayang terhadap siteri tercinta. Kasih ciuman begitu luhur dan kudus sehingga si penerima ciuman juga dapat merasakan getarnya kasih sayang si pemberi ciuaman.
    • Ciuman Sayang: Sekiranya seorang suami menghadiahkan sebuah ciuman di pipi si isteri, itu tandanya dia sangat menyayangi isterinya. Kalau si isteri sedang marah, ciuman suami pada isteri ini akan mengendurkan kemarahannya..( ya ke??). Begitu halnya, jika suami baru pulang dari kerja, dan tatkala masuk rumah saja, si suami mencium pipi isterinya, itu menandakan si suami sangat2 menyayangi, merindui dan menyintai isteri setulus hati.
    • Ciuman Di Tangan: Apabila seorang suami mengucup belakang tangan si isteri, itu tandanya suami sangat menghormati dan menyanjung pasangannya.
    • Ciuman Cinta : Saat isteri sedang berdiri, dan secara tiba-tiba suami datang menghampiri isteri, lantas memegang kedua-dua tangan isteri sambil menatap wajah isteri diiringi ciuman atau kucupan di bibir isteri, itu dinamakan ciuman cinta...( heheh..wahh). Pada ketika ini perasaan cinta suami pada isterinya kian membara dan hangat membara.
    • Ciuman Dari Belakang: Kucupan mengejutkan dari arah belakang yg dihadiahkan oleh suami kepada isterinya mempamerkan betapa dirinya begitu mendambakannya ketika itu.. Aksi spontan itu menadakan suami dan isteri mahu "sesuatu' daripada pasangannya..

0 comments:

Post a Comment